30 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Manchester Utd Dimalukan Liverpool, Ferguson Masam Muka

Kekecewaan terpancar pada wajah Wayne Rooney dan kapten Nemanja Vidic selepas mereka tewas 0-3 di tangan Liverpool
Kekecewaan terpancar pada wajah Wayne Rooney dan kapten Nemanja Vidic selepas mereka tewas 0-3 di tangan Liverpool

MANCHESTER United dimalukan digelanggang sendiri apabila mereka ditewaskan Liverpool 0-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Kekalahan itu yang turut disaksikan bekas pengurus, Sir Alex Ferguson dengan wajah yang masam semakin menekan penyandang juara itu dan pengurus baru, David Moyes.

Ia adalah kekalahan ke-9 Moyes musim ini sekaligus memaksa United untuk hanya sekadar berpuashati jika layak ke pertandingan Liga Europa musim depan.

Untuk melayakkan diri ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, United perlu menamatkan musim ini di tangga keempat. Kini impian itu bukan sahaja semakin pudar malah semakin jauh untuk digapai. United sekarang berada di tangga ke tujuh liga.


Dalam perlawanan menentang Liverpool, United menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Liverpool yang disempurnakan oleh kapten Steven Gerrard.

Penalti pertama diperolehi apabila pemain pertahanan United asal Brazil, Rafeal Da Silva menyentuh bola dengan tangannya. Manakala penalti yang kedua diperolehi apabila seorang lagi pemain pertahanan United, Phil Jones menolak pemain Liverpool dari belakang.

United bernasib baik apabila satu lagi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool gagal disempurnakan oleh Gerrard.

Sepakan penalti itu diperolehi apabila kapten United, Nemanja Vidic kelihatan menjatuhkan penyerang Liverpool Daniel Sturridge walhal, aksi ulang tayang perlahan kamera menunjukkan yang Sturridge sebenarnya berpura-pura jatuh dan Vidic tidak menyentuhnya pun.

Malangnya, Vidic dilayangkan kad merah di atas sesuatu yang tidak dilakukannya. Keputusan pengadil adalah muktamad dan Vidic meninggalkan padang dengan wajah yang kecewa.

Wayne Rooney sendiri mempunyai satu percubaan di separuh masa kedua yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Liverpool, Mignolet.

Robin van Persie sekali lagi tidak memperlihatkan persembahan yang menyerlah sejak beliau kembali dari kecederaan.


Dengan hanya 10 pemain di atas padang, pertahanan United dihukum dengan gol ketiga Liverpool menerusi Luiz Suarez iaitu golnya yang ke-25 musim ini dalam liga.

STATISTIK PERLAWANAN:

Man Utd: De Gea, Da Silva, Jones, Vidic, Evra, Fellaini (Cleverley 76), Carrick, Mata (Ferdinand 87), Rooney, Januzaj (Welbeck 76), Van Persie.

Simpanan: Lindegaard, Young, Valencia, Kagawa.

Kad: Rafael (kuning) , Vidic (merah).

Liverpool: Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger, Flanagan, Henderson, Gerrard (Lucas 87), Allen, Sterling (Coutinho 72), Sturridge (Aspas 90+1), Suarez.


Simpanan: Brad Jones, Moses, Sakho, Cissokho.

Kad: Flanagan, Gerrard, Skrtel. (kuning).

Gol: Gerrard 34pen, 46pen, Suarez 84.

Pengadil: Mark Clattenburg.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...