26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Mangsa Banjir Di Selangor Meningkat – MKN

Bilangan mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,230 orang setakat pagi Ahad berbanding 968 orang malam tadi.


Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Melaka pula tidak berubah iaitu 90 orang setakat 10 pagi ini dan di Johor, ia menurun kepada 235 orang berbanding 359 pada Sabtu.

Menurut MKN, 12 pusat pemindahan masih dibuka di tiga negeri itu dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini.


Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Rantau Panjang telah melebihi aras bahaya manakala bagi Sungai Selangor di Kuala Badong, ia melebihi aras amaran.


Di Pahang, air sungai melebihi aras amaran di Empangan Rempas di Bentong.Jabatan itu meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya berjaga-jaga

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan