25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Mangsa Banjir Terus Meningkat

++++

Bilangan Mangsa
Johor 2042, Perak  263,  Melaka  115, Selangor 1255
Rujuk Portal Banjir untuk maklumat terkini


++++++++

Mangsa Banjir Meningkat

Hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu, menyebabkan beberapa lokasi di selatan semenanjung mula dilanda banjir.

Johor dan Melaka – antara lokasi yang dimaksudkan.

Di Batu Pahat, Johor, sehingga jam 6 petang tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 754 orang.

Mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Kawasan Parit Sulong paling teruk terjejas.

Antara lokasi pusat pemindahan banjir,  Sekolah Kebangsaan Sri Tiga Serangkai, Parit Sulong  yang menempatkan 111 mangsa.

Manakala Sekolah Agama Tiga Serangkai menempatkan 240 mangsa.

Turut terjejas, penduduk di Sri Gading, Parit Lapis Laman, Linau Kecil, Penggaram dan Parit Yusof Parit Jalil.

..

++++

ATM Bersiapsiaga Hadapi Banjir

Angkatan Tentera Malaysia, ATM diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga untuk membantu mangsa banjir.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, operasi bantuan akan menggunakan pendekatan berstruktur dan terselaras bagi mengurangkan risiko bencana alam itu.

Menurutnya, kaedah itu disyorkan pada Persidangan Asia Pasifik, pengendalian pengurangan risiko bencana alam yang dihadiri beliau di Yogyakarta, Indonesia, minggu lalu.

Ia membabitkan kerjasama semua agensi terbabit di peringkat daerah, negeri dan pusat.

Beliau menjelaskan, ATM juga akan menggunakan lori khas tujuh tan yang boleh mengharungi banjir dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa banjir.

++++++

Banjir di Batu Pahat bertambah buruk

BATU PAHAT ,Johor –Banjir  bertambah buruk di Batu Pahat ,apabila 760 orang daripada 215 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara. Setakat jam 6 petang semalam, beberapa pusat pemindahan baru bersedia untuk dibuka apabila hujan lebat menyebabkan paras air di beberapa sungai utama serta parit meningkat.

Antara kawasan terjejas teruk termasuk Parit Sulong membabitkan Kampung Parit Gantong, Parit Pulai, Parit Lapis Laman, Parit Sentang Batu, Parit Yusof, Parit Othman, Parit Betong dan Parit Jawa. Turut terjejas, kawasan Penggaram membabitkan Kampung Linau Kecil selain Kampung Baru di Sri Gading.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Wahab Ridwan, berkata pihaknya kini bersiap-sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan berikutan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat setiap masa.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran bahaya dan meminta penduduk berjaga-jaga apabila paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah melepasi paras 6.12 meter, berbanding paras normal 4 meter. BH yang menyertai operasi menyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Parit Sulong mendapati paras banjir mencecah 0.6 meter.

++++++

256 mangsa banjir di perak dipindahkan

IPOH, Perak — Sejumlah 256 mangsa banjir di daerah Hilir Perak dipindahkan di tiga pusat pemindahan berikutan kampung mereka dinaiki air sedalam satu meter sejak Sabtu lalu.

Mangsa banjir di Kampung Batu Lapan membabitkan seramai 161 orang (47 keluarga), Batu 4 Kampung Selabak seramai 66 orang (20 keluarga) dan Kampung Kunci Ayer Empat seramai 29 orang membabitkan 9 keluarga.

Ketua Polis Daerah HIlir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata mereka dipindahkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Changat Jong dan surau di Kampung Selabak dan Kampung Kunci Ayer Empat.

“Mereka dipindahkan sejak tiga hari lalu berikutan hujan lebat sepanjang tiga hari menyebabkan air dari Sungai Bidor melimpah ke kampung-kampung terbabit”, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata sehingga sekarang keadaan air di kampung terbabit masih bertahan sedalam satu meter.

Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.

+++++

Mangsa banjir di Tehel Melaka dipindahkan

MELAKA: Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan seramai 91 mangsa membabitkan 19 keluarga di Tehel di sini, terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggelami air sedalam hampir satu meter, malam kelmarin.

Semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mejar Jafri Mohamed berkata, mangsa mula dipindahkan kira-kira jam 8 malam, ekoran hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Kesang melimpah masuk ke rumah mereka.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini dan mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sehingga banjir surut. “Sepanjang berada di pusat itu, mangsa dipantau kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibekalkan dengan pelbagai barangan keperluan seperti selimut, kain batik, tikar, makanan ringan dan minuman,’’ katanya di sini, semalam.


+++++

Mangsa Banjir Di Dengkil Meningkat

Di Dengkil, Selangor, sehingga pukul 10 pagi tadi, jumlah mangsa akibat banjir meningkat kepada 703 orang.

Pusat pemindahan juga meningkat kepada empat buah.

Kawasan terjejas – Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan stabil di lokasi-lokasi terbabit kecuali di Kampung Semarang.

Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Dengkil, Dewan Gemilang Kampung Semarang, Kampung Kelinsing dan Kampung Paya Rumput.

+++++

Batu Pahat Terjejas Akibat Banjir

Susulan banjir di beberapa kawasan seluruh negara.
Batu Pahat, Johor antara daerah yang dilaporkan terjejas semalam.

Sehingga jam 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 1,067 orang berbanding 754 orang jam 6 petang semalam.

Mereka ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

Parit Sulong adalah kawasan yang paling teruk terjejas.

829 mangsa daripada 223 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan.

Antara lokasi pusat pemindahan banjir ialah Sekolah Kebangsaan Sri Tiga Serangkai, Parit Sulong manakala Sekolah Agama Tiga Serangkai menempatkan 240 mangsa.

Turut terjejas, penduduk di Sri Gading, Parit Lapis Laman, Linau Kecil dan Parit Yusof Parit Jalil.

Dua pusat pemindahan baru dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Gading yang menempatkan 147 mangsa daripada 31 keluarga.

Mereka mula dipindahkan jam 9 malam tadi.

++++++

++++++

Peperiksaan SPM Tidak Terganggu Akibat Banjir

Proses peperiksaan SPM tidak terganggu akibat musibah banjir yang menimpa beberapa kawasan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana calon SPM yang terjejas akibat banjir sudah dipindah ke kawasan yang selamat bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai persiapan banjir sudah dibuat bagi menghadapi segala kemungkinan.

Rakyat yang terlibat dalam kawasan berisiko banjir diminta mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk dipindahkan ke kawasan lain.

+++++






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan