Mangsa Dikerat Disahkan Wanita Mengandung Dan Kanak-Kanak Lelaki - pakdin.my

Mangsa kerat 15 di Ampang, Selangor disahkan seorang wanita.

Paling memeranjatkan, hasil bedah siasat petang tadi turut menemui mayat seorang kanak-kanak dalam beg plastik.

Perkembangan terkini pembunuhan kejam itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
Hasil post mortem yang kita laksanakan hari ini, pihak hospital menjumpai satu mayat kanak-kanak, bangsa belum dikenalpastikan lagi di dalam beg plastik umur lebih kurang 5-6 tahun. Dan mayat semalam dikenalpasti perempuan, identiti dan bangsa tak dipastikan lagi. Namun kita dah ambik cap jari si mati untuk semakan lanjut.

Bagaimanapun, pihaknya masih menanti keputusan penuh makmal berhubung punca kematian.

Polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup, CCTV di sekitar pangsapuri bagi menjejaki suspek.

Kepada yang mempunyai sebarang maklumat diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

 

Berita terdahulu

Polis Siasat Identiti Mangsa Kerat Di Ampang 

UTAMABERITAMangsa Dikerat Disahkan Wanita Mengandung Dan Kanak-Kanak Lelaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium