Friday, June 25, 2021
BERITAMangsa Kemalangan Empat Kenderaan Di Lebuhraya Karak Meninggal Dunia (video)

Mangsa Kemalangan Empat Kenderaan Di Lebuhraya Karak Meninggal Dunia (video)

kemalangan-bas-karak

Kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 31.5 Lebuhraya Karak, petang semalam.

Seorang mangsa yang cedera, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12:30 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mangsa yang maut ialah lelaki warga Singapura, Tham Choy Chan berusia 53 tahun.

Jurucakap hospital turut mengesahkan mendiang mengalami kecederaan serius di kepala.

Ketika ini, polis masih menyiasat punca kemalangan dan telah merakam kenyataan mangsa yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:49 petang semalam, sebuah bas pelancong dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah bas ekspres lain dan sebuah kereta Toyota Vios yang kemudian melanggar sebuah kren di hadapannya.

12 mangsa yang cedera di hantar ke hospital kuala lumpur dan 11 di Hospital Selayang.

Bagaimanapun 12 daripada mereka telah di benarkan pulang.

 

13 Penumpang Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Lebuhraya Karak

13 Penumpang Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Lebuhraya Karak

September 11th, 2013

Sebanyak 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, Rabu. Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyel….

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here