Mangsa terakhir kejadian kepala air ditemui - pakdin.my

YAN – Mangsa terakhir kejadian kepala air di Gunung Jerai ditemui tersangkut di bawah timbunan kayu di belakang sebuah chalet di Titi Hayun di sini hari ini.

Mangsa, Ridwan Poniman, 61, ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.30 tengah hari, hari ini dan dibawa keluar kira-kira sejam kemudian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) Titi Hayun.

“Mayat mangsa ditemui di sebelah kanan aliran sungai yang kira-kira 100 meter dalam di lokasi penemuan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Daerah Yan untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITAMangsa terakhir kejadian kepala air ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium