26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Manifesto BN Selangor Merangkumi Aspirasi Dan Suara Rakyat

shukor idrusIntipati manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), khususnya di Selangor akan merangkumi segala aspirasi dan juga suara rakyat di negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor Abdul Syukur Idrus berkata beliau yakin manifesto itu bukan satu janji kosong sebaliknya perancangan yang mampu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi merangka dan membentuk satu manifesto yang lebih inklusif yang mencerminkan kehendak dan kemahuan rakyat Selangor.

Sementara itu, Abdul Syukur yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata semua wakil rakyat di peringkat BN Selangor sentiasa berada di kawasan masing-masing untuk melakukan yang terbaik demi rakyat di negeri itu.

BN Selangor juga melancarkan Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) sejak Mei tahun lalu, sebagai saluran penyebar maklumat yang pantas, selain memberi kemudahan kepada rakyat untuk melaporkan segala masalah dan aduan, katanya ketika ditemu bual menerusi program Dalam Radar, terbitan Bernama Radio24.

Beliau berkata jentera UMNO dan parti komponen BN bersedia berdepan dengan segala cabaran pada PRU-13 dan berharap rakyat Selangor mampu menilai usaha yang dilakukan BN, demi kepentingan generasi akan datang.

Beliau turut melahirkan keyakinan apabila mejoriti masyarakat yang ditemuinya mahukan kerajaan yang lebih kuat dan mereka juga berharap BN kembali memerintah Selangor semula.

Pada masa sama, Abdul Syukur berkata kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilihat dengan jelas mengenai usaha yang dilakukan beliau bagi menjaga kebajikan rakyat Selangor melalui pelbagai perubahan dan pendekatan baharu.

“Saya yakin kepimpinan Datuk Seri Najib yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor benar-benar serius untuk membela kebajikan rakyat di Selangor melalui pelbagai dasar yang diperkenalkan beliau termasuk bantuan terus kepada rakyat,”






Berita Berkaitan

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan