Tuesday - July 27, 2021 @ 07:22
POLITIKPILIHAN RAYAManifesto BN Tidak Kejar Populariti #ManifestoBN

Manifesto BN Tidak Kejar Populariti #ManifestoBN

Manifesto BN
Manifesto BN

Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” diakui ramai antara yang terbaik walaupun tidak bersifat populis tapi impak positif pelaksanaannya kelak bakal memberi manfaat besar kepada pelbagai peringkat anggota masyarakat.

17 perkara utama meliputi 150 komitmen penting yang sedang dan akan terus dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Manifesto BN merupakan satu bukti jelas keprihatinan BN dalam menghalusi denyut nadi rakyat.

Inti patinya lebih realistik, lengkap dengan matlamat hala tuju dan merangkumi hampir segenap bidang dari hal agama, ekonomi, keselamatan, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Penambahan insentif BR1M umpamanya dari RM500 kepada RM1,200 untuk ketua keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya setelah diambil kira kajian menyeluruh kesan positifnya dalam merancakkan ekonomi negara.

Ini memberi gambaran jelas betapa penyediaan Manifesto BN dilakukan dengan penuh persediaan dengan mengetepikan soal populariti sebagai sandaran. Fokus Manifesto BN lebih kepada meningkatkan khidmat bakti kepada rakyat setelah mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Berbeza sekali dengan Manifesto PR yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan perubahan kandungannya dilakukan berkali-kali selepas dilancarkan, seolah-olah tiada keseriusan dan kurangnya komitmen untuk merealisasikannya.

Misalnya janji royalti untuk Kelantan hanya dimasukkan selepas Manifesto PR siap dicetak manakala pelbagai janji penghapusan cukai dan tol pula dilakukan tanpa mengambil pertimbangan soal implikasi kepada kedudukan kewangan negara.

Janji bulan bintang yang dinukilkan dalam Manifesto PR tampak jelas lebih kepada matlamat mengejar populariti tanpa mengukur baju di badan sendiri, tidak realistik kerana terlalu melangit dan penuh fantasi.

Tapi ia tidaklah menghairankan sangat kerana sudah menjadi pegangan PR bahawa manifesto bukannya satu perjanjian, jadi soal realistik atau pun logik bukannya satu perkiraan besar bagi mereka.

Yang penting bagi PR, selagi janji manis itu dirasakan boleh mempopularkan mereka demi meraih undi sokongan selagi itu mereka galak menabur janji. Ini nyata berbeda dengan BN yang tahu berpijak di bumi nyata dan bijak mengukur baju di badan sendiri.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here