#CerobohSabah: Manila Gesa Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu Kembali Ke Filipina

Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia berkawal di sekitar perkampungn Tanduo, Lahad Datu.
Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia berkawal di sekitar perkampungn Tanduo, Lahad Datu.
Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia berkawal di sekitar perkampungn Tanduo, Lahad Datu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

“Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Andal berkata, aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina.

Loading...

2 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini