Mansuh Tol Batu 3 & Sg Rasah – Pamer Sikap Sebenar Pemimpin PKR Selangor - pakdin.my

KENYATAAN MEDIA OLEH
YB DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN
TIMBALAN PENGERUSI UMNO / BN SELANGOR

MANSUH TOL BATU 3 & SG RASAH – PAMER SIKAP SEBENAR PEMIMPIN PKR SELANGOR

1. Pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah di Shah Alam yang akan berkuatkuasa Isnin ini ternyata memberi jawapan kepada sikap retorik Pakatan Harapan di Selangor yang ternyata akan menabur apa sahaja janji demi mendapat sokongan.

2. Acapkali Pembangkang (Pakatan Harapan) akan memberi ‘harapan’ kepada rakyat Malaysia untuk melasanakan itu dan ini, termasuklah penghapusan tol, pendidikan percuma, rumah mampu milik namun hakikatnya di Selangor, sudah dua penggal menggalas amanah rakyat, apa yang dijanjikan itu tidak terlaksana. Sebaliknya jika ada polisi dan dasar tertentu yang dilaksana kerajaan pusat dan mendapat sokongan, maka mereka cepat-cepat memutar belit fakta kononnya ia ditiru.

3. Justeru, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tampil mengumumkan penghapusan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah setelah mengambil kira apa yang diperjuangkan UMNO Shah Alam sejak tahun 2011, maka tampil lah apa yang yang orang kata ‘lembu punya susu sapi dapat nama.’

4. Adun Batu Tiga daripada PKR tanpa segan silu mengajak orang ramai menghadiri sambutan khas ‘Tamat Tol, Bebas Rakyat’ dengan mendabik dada kononnya penghapusan kutipan tol yang ditinggalkan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad itu ada kena mengena dengan perjuangan mereka.

5. Hakikatnya ia adalah iltizam kerajaan pusat yang mendengar rintihan rakyat dan pengguna lebuh raya berkenaan melalui suara UMNO Shah Alam. Maka konsesi PLUS di dua tol berkenaan yang hanya akan berakhir pada tahun 2038 ditamatkan.

6. Rakyat sebenarnya tidak buta untuk menerima bulat-bulat fakta songsang yang diputar-belit pemimpin PKR di Selangor yang ternyata suka mendakwa hanya mereka yang terbaik dan orang lain semuanya salah. Melalui carian di internet, apa sahaja maklumat mengenai perjuangan pemansuhan tol berkenaan boleh dicerap dan rakyat mampu menilai siapa sebenarnya yang cakap serupa bikin.

7. Untuk itu, kami di BN & UMNO Selangor mengajak rakyat Selangor terutamanya warga Shah Alam & Klang untuk turut serta dalam Majlis Kesyukuran yang akan diadakan pada Ahad ini sempena malam Tahun Baharu 2018 di dua plaza tol berkenaan.

29 Disember 2017

UTAMABERITAMansuh Tol Batu 3 & Sg Rasah – Pamer Sikap Sebenar Pemimpin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium