Mansuh Tol Sg.Rasau, Batu Tiga Ringankan Beban 270,000 Rakyat - pakdin.my

Pemansuhan tol Sungai Rasau dan tol Batu Tiga akan meringankan beban 270 ribu penduduk sekitar Shah Alam dan Klang.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor Tan Sri Noh Omar, pemansuhan itu adalah perjuangan UMNO Shah Alam yang setiap tahun mengusulkan pada Mesyuarat Bahagian supaya kutipan tol terbabit dimansuhkan.

“Tahun ini, Ogos lalu, Perdana Menteri sendiri datang rasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam.

“Kita minta, kalau tidak tutup (mansuh) kedua-dua tol itu, satu pun jadilah tetapi Perdana Menteri buat keputusan diam-diam.

“Perjuangan ini adalah untuk rakyat. Kita kurangkan kos sara hidup mereka,” katanya ketika berucap di Majlis Kesyukuran Sempena Penutupan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga, di Shah Alam, Isnin.

Bermula hari ini rakyat di sekitarnya tidak perlu lagi membayar tol di Lebuhraya Persekutuan.

Ini berikutan Tol Sungai Rasau, Klang dan Tol Batu Tiga secara rasmi dimansuhkan sempena Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas 24 tahun beroperasi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam merangkap Penyelaras Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Sejak 15 November 1993, pengguna mula membayar RM0.50 untuk laluan Tol Sungai Rasau, dan RM0.60 bagi Tol Batu Tiga dan kini perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau, serta RM1.10 di laluan Batu Tiga.

Bagaimanapun, ketika membentangkan Bajet 2018, Najib mengumumkan pemansuhan kutipan di kedua-dua tol berkenaan.

Keputusan pemansuhan itu dibuat 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan menerusi perjanjian konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Berikutan pemansuhan itu juga, operasi serta penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya dan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Pemansuhan itu membantu pengguna jalan raya Kelas 1 yang melalui Sungai Rasau berjimat dari RM92.40 hingga RM126 sebulan, manakala di Batu Tiga, dijangka boleh berjimat sebanyak RM48.40 hingga RM66 sebulan

UTAMABERITAMansuh Tol Sg.Rasau, Batu Tiga Ringankan Beban 270,000 Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium