Mansuh Tol: Tony Pua kata pampasan RM25bilion, Baru Bian pula RM400bilion - pakdin.my

Kenapa tak guna sahaja anggaran yang dibuat oleh Tony Pua untuk menghapuskan tol?
…………….

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, saya telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya tidak lagi termaktub dibawah akta berkenaan. Akibat itu, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalanraya boleh disemak oleh orang-ramai.

Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalanraya di negara ini memerlukan kos RM231 bilion.

Tetapi, pada masa itu pemimpin DAP – Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan.

BACA: Buy-back of privatised highway concessions more cost effective http://www.thenutgraph.com/buy-back-of-privatised-highway-concessions-more-cost-effective/

Semalam, Menteri Kerja Raya dari kerajaan Pakatan memberitahu parlimen bahawa adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion – jauh lebih tinggi dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.

TENGOK: Video: Mansuh tol – Nilai pampasan RM400 bilion jelas Menteri Kerja Raya, Baru Bian https://youtu.be/6IIUFBukkcc

Oleh itu, saya mencadang kerajaan Pakatan seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalanraya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat – bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan

Sekarang, saya juga pengguna jalanraya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan. Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya.

Ketika saya menjadi PM, saya berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara dan pada tempoh ini, malah tidak ada satu tol lebuhraya pun yang dimiliki oleh syarikat kerajaan bersama KWSP, PLUS Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4.

Mansuh Tol: Tony Pua kata pampasan RM25bilion, Baru Bian pula RM400bilion
…………
https://pakdin.my/tag/lebuhraya

UTAMAPOLITIKMansuh Tol: Tony Pua kata pampasan RM25bilion, Baru Bian pula RM400bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium