MARGIN SIMPANAN AIR SELANGOR TAHAP KRITIKAL – SATU PENCAPAIN KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG - pakdin.my

Pencapaian nombor satu Pakatan Selangor sejak mengambil alih pada tahun 2008 adalah untuk UBAH margin simpanan air di negeri itu daripada positif kepada negatif.

Pada tahun 2009 simpanan margin air adalah 13% tetapi pada tahun lepas menjadi negatif 1.5%. Ia dijangka lebih rendah pada tahun ini dan tahun seterusnya.

Apabila margin simpanan jatuh kepada 5% dan ke bawah, ia memasuki zon kritikal. “

Oleh kerana pertikaian dengan SYABAS sebelum mereka mengambil alih, Kerajaan Selangor banyak kali membekukan kelulusan untuk SYABAS melakukan peningkatan atau penyelenggaraan sejak tahun 2008.

Ia juga adalah kerana mereka melambatkan pemindahan air Pahang Selangor dan projek Loji Langat 2 kerana hendak bermain politik – dengan membuat dakwaan bahawa Selangor mempunyai air yang cukup sehingga tahun 2019 kononnya.

Tahun lepas, menurut Persatuan Air Malaysia, terdapat 83,729 insiden gangguan bekalan air di Selangor. Angka ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah kejadian gangguan bekalan air bagi gabungan keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia.

Selangor, dengan kira-kira 20 peratus daripada penduduk Malaysia, mempunyai separuh daripada masalah air di negara ini, jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain secara per kapita.

Gangguan keseluruhan daerah utama yang menjejaskan puluhan ribu orang telah berlaku pada frekuensi purata sekurang-kurangnya sekali sebulan di Selangor dalam tempoh 15 bulan lalu, jauh lebih tinggi daripada negeri yang lain di negara ini.

Sebanyak 98 peratus gangguan air yang dilaporkan di Selangor pada tahun lepas adalah gangguan tidak berjadual atau kerana kecemasan.

Syabas Pakatan Selangor.


MARGIN SIMPANAN RENDAH PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR LAMBAT PULIH

20161230-rizab-air-selangor-menurun

Masalah air di Selangor berpunca daripada margin simpanan air yang sangat rendah.

Margin simpanan bekalan air adalah berbeza dengan penggunaan dan kapasiti pengeluaran loji rawatan air.

Dan, setiap kali apabila bekalan air terganggu, pengguna perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk bekalan air sampai kepada mereka.

Selangor tidak bersendirian dalam menghadapi masalah tersebut. Negeri-negeri lain yang mempunyai margin simpanan air rendah termasuklah Kedah, Sabah dan Perlis.

Bagaimanapun, Selangor dan Kedah, menjadi negeri paling kritikal berdepan masalah ini kerana mereka kini mengeluarkan air terawat pada tahap menjangkau kapasiti loji rawatan yang direka bentuk hanya untuk memenuhi permintaan.

Margin simpanan di dua negeri ini adalah di bawah sifar, dengan Selangor pada kadar -1.5 peratus dan Kedah pada kadar -0.5 peratus. Perlis mempunyai margin simpanan sebanyak 5.6 peratus dan Sabah adalah pada kadar 5.8 peratus.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S. Piarapakaran berkata keadaan di empat negeri ini adalah membimbangkan, sambil menambah margin ideal perlu berada di atas 20 peratus.

Beliau berkata rancangan untuk meningkatkan margin diperlukan apabila tahapnya jatuh di bawah 10 peratus.

“Apabila margin simpanan jatuh ke tahap lima peratus dan ke bawah, ia memasuki zon kritikal,” katanya.

Piarapakaran berkata margin boleh ditingkatkan dengan menaik taraf atau membina lebih banyak loji rawatan.

Ia juga boleh dirangsang dengan mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), iaitu air terawat yang dihasilkan tetapi ‘hilang’ sebelum mencapai pengguna disebabkan oleh kebocoran paip atau kecurian.

Piarapakaran berkata margin simpanan yang rendah di Selangor, yang semakin jatuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini adalah salah satu sebab mengapa masa yang lama diambil untuk bekalan pulih sepenuhnya selepas penutupan loji rawatan.

Pemulihan bekalan air juga akan mengambil masa yang lama apabila loji rawatan kapasiti tinggi ditutup, sama ada disebabkan oleh pencemaran atau penyelenggaraan segera.

Kemudahan rawatan air dengan kapasiti tertinggi Selangor adalah di Loji Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 yang menghasilkan 70 peratus air terawat di Lembah Klang.

Lain-lain loji termasuklah loji rawatan Langat dan Semenyih.

Baru-baru ini, penutupan pencawang Bukit Badong selama 16 jam untuk kerja-kerja penyelenggaraan segera menyebabkan 3.9 juta penduduk berdepan gangguan bekalan air.

Beberapa hari diperlukan untuk menyambung semula bekalan kepada keadaan normal.

Pada bulan Oktober, loji rawatan berhampiran Sungai Semenyih terpaksa ditutup dua kali dalam tempoh dua minggu, kerana pencemaran bau, menjejaskan lebih 330,000 isi rumah.

Ini diikuti dengan gangguan bekalan air melibatkan 420,000 isi rumah di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat selepas loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11 tiba-tiba dihentikan operasi berikut pencemaran bau di Sungai Semantan, Pahang.

Gangguan bekalan air mentah juga boleh membawa kepada pemotongan air.

Di Johor, kadar hujan yang lebih rendah pada Ogos tahun lepas menyebabkan paras air yang lebih rendah di sungai-sungai seperti Sungai Johor, membawa kepada penjadualan pengagihan air selama sebulan di beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata margin simpanan air Selangor adalah kira-kira empat peratus dan bukan negatif seperti yang didakwa.

Ketua Komunikasi Korporat Syabas Amin Lin Abdullah bersetuju bahawa margin air Selangor pada masa ini adalah kira-kira empat peratus.

“Margin simpanan sering turun naik apabila terdapat permintaan air dan apabila permintaan air sangat tinggi pada suatu masa tertentu, simpanan itu akan jatuh,” katanya.

Mengenai sama ada Selangor telah mengeluarkan air terawat melebihi kapasiti loji rawatan sedia ada, beliau berkata hampir semua loji rawatan sedang membuat penghasilan di luar kemampuan.

Amin berkata disebabkan ini jugalah negeri ini telah membina dua lagi loji rawatan air.

“Kami sedang membina loji rawatan air Semenyih 2 dan Labohan Dagang untuk meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya.

Amin berkata, sasaran kerajaan negeri adalah untuk mencapai margin simpanan air sebanyak 15 peratus dalam jangka masa panjang.

UTAMAPOLITIKMARGIN SIMPANAN AIR SELANGOR TAHAP KRITIKAL - SATU PENCAPAIN KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium