30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

MARIA CHIN DITAHAN DI BAWAH SOSMA ??

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan penahanannya boleh dilanjutkan sehingga 28 hari.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata peguam yang mewakili ahli Bersih yang ditahan tidak mendapat akses untuk bertemu klien mereka di lokap Jinjang pada pagi Sabtu.

“Sudah menunggu di sini sejak pukul 10 pagi. Polis tidak beri kerjasama,” tulis Paulsen di Twitternya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kira-kira pukul 2 petang, Paulsen mendapat pengesahan daripada polis bahawa Maria ditahan di bawah Sosma.

“Tahanan Sosma, amat sukar untuk dipercayai terhadap seseorang seperti Maria. Undang-undang ini ketika dibahaskan di Parlimen sudah jelas mengecualikan Bersih.

“Seperti yang diramal pelbagai pihak, Sosma kini digunakan ke atas pemimpin Bersih apabila ia hanya digunakan untuk kes keselamatan tulen atau pengganas,” kata Paulsen.

Lawyers For Liberty berkata Majistret Husna Dzulkifly membenarkan perintah reman dua hari terhadap sembilan lagi suspek yang akan disiasat dibawah Seksyen 147 kerana merusuh.

Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke yang ditahan pada Jumaat dijangka dibebaskan pada pukul 8 malam Sabtu.

 20161119-bersih5-maria-chin-sosma

Berita Berkaitan

Komen

  1. Ya Allah, satukanlah hati kami yang bersaudara menentang Kafir Laknatullah..
    آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن..

  2. Lagi tegas lagi baik sebenarnya jutaan rakyat sokong ..mereka mempermainkan rakyat Dan putar belit undang2 yg ada ..untuk kepentingan diri .politik aje . tanpa mengira sabotaj negara Dan ekonomi ..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.