MARIA CHIN DITAHAN KERANA DOKUMEN YANG MEMUDARATKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN - pakdin.my

SIKAP pembangkang pimpinan DAP yang mengambil kesempatan untuk terus mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka ekoran penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA)dikecam ramai pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa penangkapan dan penahanan Maria Chin adalah di bawah SOSMA tersebut tidak ada kena mengena dengan politik atau perhimpunan BERSIH 5 baru-baru ini.

Maria telah ditahan pada Jumaat lalu berikutan penemuan “dokumen” di pejabatnya yang memberi petunjuk bahawa satu kesalahan telah dilakukan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pasukan polis telah datang ke pejabat BERSIH pada 18 November membuat penggeledahan dan mereka menemui beberapa dokumen-dokumen yang memberi petunjuk bahawa satu kesalahan telah dilakukan, yang boleh menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Rakyat Malaysia amat maklum bahawa pembangkang yang diketuai DAP ini akan mengunakan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal hanya semata-mata untuk menimbulkan persepsi buruk berkenaan negara kita.

Semua perkara ini berkemungkinan dilakukan atas arahan “tangan ghaib” yang kini telah dikenal pasti sebagai penyangak matawang Yahudi iaitu George Soros.

20161123-maria-chin-sosma-alat-osf-soros

Malah Maria Chin sendiri turut mengakui menerima dana daripada George Soros ekoran pendedahan dokumen minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ oleh Open Society Foundation (OSF) dibocorkan oleh penggodam DC Leaks

Walaupun Maria Chin cuba menggambarkan tajaan dana daripada OSF/OSI untuk ‘pilihan raya yang adil dan bersih’ di Malaysia terhenti pada tahun 2011, namun dokumen ‘Program Malaysia’ yang bermesyuarat pada 22 Jun 2015 menunjukkan ‘sokongan untuk pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini berterusan hingga 2018 yang dijangka akan berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

20161123-maria-chin-sosma-dana-ndi

Selain daripada itu juga OSF/OSI telah melantik staffnya, Mary Agnes James sebagai Penolong Ketua Program Malaysia. Untuk makluman, sebelum ini, Mary Agnes adalah pengarah tajaan untuk Southeast Asian Centre for e-Media (Seacem.com), satu organisasi yang ditubuhkan oleh portal Malaysiakini pada tahun 2004.

Seacem dan Malaysiakini pula dibiayai oleh Media Development Loan Found (MDLF) yang mendapat tajaan Soros.

Oleh itu, penyokong Maria Chin yang berhimpun di Dataran Merdeka dinasihatkan agar menghentikan aktiviti tersebut memandangkan mereka mungkin dilihat sebagai individu yang turut bersubahat dengan pesalah di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka yang berkumpul untuk membebaskan Maria Chin perlu patuh dan akur dengan undang undang negara ini. Patuhilah prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang Undang.

UTAMABERITAMARIA CHIN DITAHAN KERANA DOKUMEN YANG MEMUDARATKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium