Marina dan Siti Kasim punca amalan LGBT menjadi-jadi? - pakdin.my

Kelantangan aktivis-aktivis beragama Islam yang mendokong amalan songsang itu menjadikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin membiak seperti barah.

Aktivis seperti Siti Kasim dan Datin Marina Mahathir dilihat sebagai pembela golongan tersebut dan sekali gus telah mencemarkan agama Islam juga kredibiliti mereka sendiri sebagai penganut agama itu, dakwa Timbalan Pengerusi Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Salamiah Md. Nasir.

“Kenapa mereka mesti membela aktiviti LGBT ini sedangkan bukan sahaja Islam melarang sebaliknya agama lain pun menentang perbuatan itu.

“Jadi, kenapa kita sebagai umat Islam seperti Marina Mahathir, ada lagi Siti Kasim nak menyokong perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada orang Islam ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimana seorang wanita boleh menggalakkan perkara-perkara terkutuk oleh golongan LGBT, Salamiah mempersoalkan perkara itu.

Beliau yang merujuk kepada sikap golongan LGBT melibatkan mak nyah turut menegaskan, kedua-dua individu berkenaan sepatutnya mengajak golongan terbabit kembali ke pangkal jalan serta pulang ke fitrah yang asal.

Katanya, jika itu yang berlaku GMIM yang dianggotai lebih 30 pertubuhan wanita Islam akan turut menyokong dari belakang tindakan mereka itu.

Salamiah turut berkata, pihaknya gusar terhadap ura-ura akan berlangsung satu pesta membabitkan golongan terbabit yang dikatakan akan berlangsung di Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.

Meskipun iklan mempromosikan acara tersebut telah diturunkan namun penganjuran program tersebut masih belum dibatalkan.

Oleh itu program tersebut perlu dibatalkan sebagai menghormati bulan kemerdekaan yang membawa makna sangat besar dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

“Kita nak program itu dibatalkan sebab tidak ada kepentingan.

“Jika puak-puak LGBT ini mahu mengadakan perarakan, adakah itu menjadi kebanggaan kita?

“Kerajaan kena tegas dalam perkara ini serta dapat menegakkan syariat Islam,” tegasnya.

UTAMABERITAMarina dan Siti Kasim punca amalan LGBT menjadi-jadi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium