Masak di pejabat: Satu lagi siri fitnah zombi media sosial - pakdin.my

Siapa bangang sebenarnya? Tak ingat dosa pahala asalkan dapat memfitnah menteri.
Siapa bangang sebenarnya? Tak ingat dosa pahala asalkan dapat memfitnah menteri.

Adalah malang media sosial dijadikan tempat mencaci maki dan memfitnah.

Terbaru ucapan menteri KPDNKK di kelirukan dalam soal “masak di pejabat”

Apa nak jadi lah dengan sebahagian orang melayu yang beragama islam samada terpengaruh dengan atau memang dalam sedar melakukan fitnah. Yang share dah sah lah tak tau apa benda, suka2 share tanpa memikirkan dosa fitnah.

Apabila Ucapan Disalah tafsir dan Isu kecil diperbesarkan.

Semalam Datuk Hamzah Zainuddin menjadi bahan kontroversi apabila China Press melaporka kononnya beliau meminta kakitangannya masak di pejabat sebagai langkah berjimat cermat.

Sebenarnya Hamzah hanya bergurau dalam ucapan bulanan bersama kakitangan bawahannya.

Beliau mengulas ucapan KSU sebelum beliau yang meminta kakitangan kerajaan bawa bekal sebagai langkah berjimat dan akan mengurangkan bajet makan untuk mesyuarat dan majlis kementerian.

Lalu Hamzah ketika berucap, bergurau dengan KSU menyatakan lebih kurang, “susahlah saya hendak bawa bekal makan seorang. Ramai yang datang pejabat saya setiap hari. Kalau hendak buat macam tu saya kena minta staf masaklah.”

Malangnya, berbanding keperluan media membincangkan langkah penjimatan kerajaan dari segi pertumbuhan ekonomi, mereka memilih untuk membincangkan gurauan Menteri sebagai isu nasional.

Radio Bernama misalnya membincangkan kenyataan yang dipetik dari China Press itu dengan begitu bersungguh seolah-olah ia hal terpenting dalam ucapan Hamzah.

Media harus tahu keutamaan isu membangunkan negara dan masyarakat bukan melekakan rakyat dengan isu remeh-temeh.

UTAMAPOLITIKMasak di pejabat: Satu lagi siri fitnah zombi media sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium