Masalah Hudud Selesai Dengan Kata Putus Dari Anwar - pakdin.my

Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan. Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata. Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.

Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti. Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah. Noktah.

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera. Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial. Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.

Transkrip Sidang Akhbar Pakatan Rakyat Mengenai Isu Hudud 29/9/09

karpal hudud tempelak hadiKUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakatan Rakyat mengenai isu hudud yang berlangsung di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini bermula jam 8 malam semalam (Rabu) dan hanya berakhir pada lebih kurang jam 1 pagi (Khamis). Berikut adalah petikan transkrip soal-jawab di antara wartawan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang mewakili Pakatan Rakyat) berhubung […]

 

PR Fokus PRU13 – Hudud Bukan Isu dan Tiada Dalam Buku Jingga

PRU 13Pakatan Rakyat (PR) akan terus fokus dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak akan terbuai dengan isu hudud yang didakwanya sengaja di diperbesarkan oleh media massa. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan ideologi antara Pas dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga […]

UTAMAPOLITIKMasalah Hudud Selesai Dengan Kata Putus Dari Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium