Masih Ada Yang Keliru Dan Memfitnah Kononnya Hutang Kerajaan Persekutuan Berada Di Paras Berbahaya – Najib - pakdin.my

5 Januari,2018

KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI MENGENAI HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Masih ada yang keliru dan memfitnah kononnya hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya.

Dengan tegasnya saya ingin menyatakan bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Pada akhir Jun 2017,hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada KDNK yang mana ia masih di bawah paras had yang ditetapkan Kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.

Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus malah ia semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan.

Bukan itu sahaja,nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Justeru adalah tidak benar jika ada yang menuduh Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang Kerajaan Persekutuan apabila badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia yang menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi tahun 2017.

Malah tidak masuk akal untuk mengatakan kita akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.

Meskipun Kerajaan hari ini menghadapi cabaran fitnah pembangkang yang mengharapkan ekonomi Malaysia ranap semata-mata untuk mendapat kuasa,Kerajaan hari ini akan sentiasa mencari jalan mengukuhkan ekonomi negara bagi menaikkan nama negara setaraf dengan kuasa besar ekonomi dunia yang lain.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

#ProudOfYouPMNajibRazak


http://najibrazak.com
https://pakdin.my/tag/hutang-negara/

UTAMAEKONOMIMasih Ada Yang Keliru Dan Memfitnah Kononnya Hutang Kerajaan Persekutuan Berada Di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium