Masjid Peterborough di Kanada dibakar - pakdin.my

masjid-kanada-dibakar

PETERBOROUGH, Ontario – Satu-satunya masjid di Peterborough di Ontario didakwa telah dibakar dengan sengaja kelmarin dan pihak polis sehingga kini sedang menyiasat punca kejadian dan suspek yang terlibat, kata pihak berkuasa.

Kejadian itu masih tidak jelas sama ada kebakaran tersebut mempunyai kaitan dengan serangan di Paris, kata polis semalam.

Masjid Al-Salaam itu telah dibakar pada pukul 11 malam waktu tempatan, kelmarin, kira-kira setengah jam selepas anggota Persatuan Agama Islam Kawartha berada di dalam bangunan berkenaan bagi menyambut hari lahir seorang bayi, kata presiden persatuan itu, Kenzu Abdella.

Setakat ini tiada sesiapa pun dilaporkan cedera tapi bangunan itu telah dilabelkan tidak boleh digunakan, kata Abdella.

Datuk Bandar Peterborough, Daryl Bennett mengeluarkan satu kenyataan mengutuk kejadian berkenaan.

UTAMADUNIAMasjid Peterborough di Kanada dibakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium