Home / :: BLOG :: / Mastura boleh bertanding, PM dan MB tanya saya sebelum umum- Mufti Perak

Mastura boleh bertanding, PM dan MB tanya saya sebelum umum- Mufti Perak

PRK Kuala Kangsar Mastura Edah

Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Kahir-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd Yazid tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.

Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.

“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.

“Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” kata Harussani.

Mengulas lanjut mengenai pencalonan itu Harussani berkata sebelum kerajaan memutuskan untuk mencalonkan Mastura hal tersebut telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN Kuala Kangsar di Safari Resort.

Mastura bagaimanapun tidak hadir semasa pengumuman tersebut dan watikah pelantikan diberikan kepada anaknya sebagai wakil.

Dalam satu video yang ditayangkan, Mastura berterima kasih kerana memilihnya sebagai calon di Kuala Kangsar.

Sebelum ini Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya kerana baru kematian suami.

Oleh itu beliau mencadangkan agar anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

72 comments

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: