Masyarakat Melayu Boleh Jadi Penentu Kemenangan BN Di Negeri Minoriti Melayu – Dr Mahathir - pakdin.my

Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masyarakat Melayu boleh memainkan peranan sebagai pengundi penentu pada setiap pilihan raya walaupun mereka adalah golongan minoriti di sesebuah kawasan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengambil contoh situasi di Pulau Pinang, bekas Perdana Menteri berkata masyarakat Melayu di negeri itu mampu menjadi penentu kepada kemenangan Barisan Nasional (BN), walaupun majoriti penduduknya adalah masyarakat Cina.

“Kalau ada pilihan raya di kawasan yang mana pertandingan antara parti DAP dan MCA umpamanya, kalau kita (masyarakat Melayu) bagi (undi) kepada MCA, maka MCA akan menang kerana orang Cina (undian) terbahagi dua… separuh bagi MCA separuh bagi DAP.

“Kita mainkan peranan sebagai penentu bagi suatu pilihan raya. Undi (masyarakat) Melayu boleh menentukan siapa yang akan menang,” katanya ketika berucap pada program Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Perhubungan Veteran Umno negeri di sini.

Beliau berkata masyarakat Melayu perlu bijak memainkan peranan mereka dalam politik negara dan perlu bersatu bagi memastikan nasib mereka tidak dipinggirkan di negeri yang majoritinya bukan masyarakat Melayu.

Beliau berkata BN mampu menawan kembali negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya setiap parti komponen BN bersatu dan menjalin kerjasama yang baik dalam menguruskan perjuangan mereka.

Dr Mahathir juga mahu Umno mengamalkan sikap terbuka dalam menerima keanggotaan baru dengan menggalakkan lebih penglibatan golongan profesional dan berpelajaran bagi memastikan parti itu mendapat tempat dalam kalangan golongan itu.

UTAMABERITAMasyarakat Melayu Boleh Jadi Penentu Kemenangan BN Di Negeri Minoriti Melayu -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium