34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

Maszlee umum letak jawatan Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa esok.

Pengumuman itu meleraikan spekulasi yang tersebar sejak tengah hari susulan sebaran jemputan sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

“Selepas pertemuan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, atas nasihat beliau dan sebagai negarawan dan dengan hati yang redah walaupun berat, saya Maslee Malik memulangkan jawatan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari,” katanya.

Beliau yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi BERSATU.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.