25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Mat Sabu Berduaan Dalam Bilik Bebas, Bukan Melayu Dalam Kereta Kena Tindakan @nikabdulaziz

normahsabuseksPihak berkuasa tempatan di Kelantan dikritik kerana mengambil tindakan terhadap empat orang, bagi apa yang dilihat sebagai kes khalwat yang melibatkan orang bukan Islam.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jika PAS boleh melaksanakan undang-undang tersebut kepada orang bukan Islam di Kelantan, mereka juga boleh berbuat demikian di seluruh negara jika Pakatan Rakyat berkuasa.

“Ini perlu menjadi satu kesedaran kepada orang Cina kerana ia menunjukkan DAP tidak mempunyai kuasa politik, kerana ia adalah harimau tak bertaring sebelum PAS,” katanya.

Dr Chua berkata demikian sebagai tindak balas kepada rasa tidak puas hati yang disuarakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw terhadap pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh dua lelaki bukan Islam yang telah ditangkap di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Kota Baru.

Kes lain melibatkan seorang remaja lelaki bukan Islam dan teman wanita bukan Islam yang didapati bersama-sama di dalam kereta yang diletakkan di Taman Tengku Anis baru-baru ini.

Keempat-empatnya menafikan sebarang salah laku.

Dr Chua berkata ini menunjukkan PAS secara perlahan-lahan melaksanakan undang-undang Syariah dan akhirnya melaksanakan hudud.

“PAS begitu pasti dengan kuasa yang mereka ada sehingga mengabaikan hak asasi bukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Dr Chua menegaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara jelas telah menyatakan tentang agenda Islam yang menjadi satu kewajipan agama.

“DAP sanggup bersama-sama mereka kerana yakin untuk mendapatkan undi kaum Cina. Mari kita berharap kaum Cina bangkit sebelum terlewat.

“Sebagai sebuah negara membangun, kita tidak perlu bertengkar tentang apa yang ditulis dengan jelas dalam Perlembagaan,” katanya.






Berita Berkaitan

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan