28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Mat Sabu Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Butterworth Hari Ini

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam Selasa berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera di sini. Beliau yang juga dikenali Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengenai kenyataan kontroversi pada 21 Ogos lepas.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang, bulan lalu.

Terdahulu, Mat Sabu ditahan oleh polis Pulau Pinang setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong sebelum dibebaskan malam tadi.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri pada pukul 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian selepas percakapannya dirakam.

Pemimpin PAS itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Polis Pulau Pinang menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan