Mat Sabu Mengaku Tak Bersalah – Didakwa Mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. - pakdin.my

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Mat Sabu berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

———————-

 

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka, berhubung insiden serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Mad Sabu didakwa mengikut Seskyen 500 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Mat Sabu didakwa memfitnah pasukan keselamatan yang mempertahankan diri, dengan mengetahui tohmahan itu akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam ceramah pada  21 Ogos lalu di Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, markas tarbiyah PAS, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mat Sabu juga berdepan tuduhan pilihan mengikut seksyen sama kerana memfitnah 3 anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis pada 23 Februari 1950.

Pertuduhan alternatif itu diberikan selepas aduan dari 3 ahli keluarga anggota polis polis yang terkorban dalam serangan terbabit.

Hakim Ikmal Hashim menetapkan ikat jamin 15 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

27 oktober untuk sebutan semula kes.

Manakala perbicaraan ditetapkan mulai 5 Disember depan.

UTAMABERITAMat Sabu Mengaku Tak Bersalah - Didakwa Mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium