Mat Said menang kes saman fitnah oleh ADUN PAS dan Harakah - pakdin.my

ahmadsaid-saman-harakah-adun-batu-buruk2

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menang kes saman fitnah melibatkan ADUN PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawari, akhbar Harakah dan dua yang lain.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah binti Yop yang memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kes fitnah terhadapnya oleh defendan-defendan terbabit.

Mahkamah kemudiannya memutuskan gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00 perlu dibayar oleh defenden kepada Ahmad Said.

Hakim juga membenarkan injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan dalam Harakah dan akhbar lain.

Sebelum ini, Syed Azman yang juga merupakan ADUN Batu Buruk menerusi artikelnya bertajuk ‘Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah’, telah memfitnah Ahmad Said terlibat dengan penyelewengan berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Pada 8 Disember 2011 selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad Said menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta.

Ahmad Said berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.

UTAMAPOLITIKMat Said menang kes saman fitnah oleh ADUN PAS dan Harakah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium