24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Warga Emas Ditemui Mati Berkeadaan Separuh Bogel Dengan Pisau Terpacak Di Leher

warga-emas-mati-pisau-di-leher

IPOH  — Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan sebilah pisau terpacak di leher di sebuah rumah flat di Jalan Hospital, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata mayat wanita berusia 79 tahun itu ditemui oleh adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa kira-kira pukul 11.30 malam.
Beliau berkata mangsa yang tinggal bersendirian sejak empat tahun lepas ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan percikan darah di bilik tidur rumahnya.
“Adik lelakinya yang datang ke rumah mendapati pintu rumah tidak berkunci dan menemui mayat kakaknya di salah satu bilik rumah itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 15 anggota polis yang terjejas banjir dari lima daerah di negeri ini di sini, Khamis.
Osman berkata motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut.
Katanya mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...