Sunday - August 1, 2021 @ 09:46
BERITANASIONALMaut Akibat Selisih Faham Di Taman Permainan Taman Sentosa, Klang

Maut Akibat Selisih Faham Di Taman Permainan Taman Sentosa, Klang

Akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut dibelasah penyerangnya di sebuah taman permainan.

Penyerang juga dipercayai bertindak demikian ketika di bawah pengaruh alkohol.

Mayat Sivanesan Thurairaj, 36 tahun, ditemui di taman permainan di Taman Sentosa, Klang kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, ditemui terbaring berlumuran darah selain bahagian belakang seluarnya terkoyak.

Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Md Yusof mangsa dipercayai mati dalam tempoh 12 jam lalu sebelum mayatnya ditemui.

Usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here