Maut Ditikam Di Perhentian Bas - pakdin.my

Maut Ditikam Di Perhentian Bas

Seorang lelaki maut ditikam di perhentian bas, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku di kilometer 28.9 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam.

Kejadian disedari orang awam yang terlihat mangsa rebah dengan kesan berlumuran darah.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia akibat pendarahan.

Pasukan forensik turut menemui kesan tompokan darah, telefon bimbit dan dompet mangsa.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

UTAMABERITAMaut Ditikam Di Perhentian Bas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium