Maut Selepas Motosikal Dilanggar Lori Dekat Kota Bharu (video) - pakdin.my

Maut Selepas Motosikal Dilanggar Lori Dekat Kota Bharu

Seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas motosikalnya dilanggar dan diseret lori.

Kemalangan berlaku di Kampung Kota, Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian petang semalam itu, Mohamad Haiqal Haqim Mohd Zaid, dilanggar lori yang membawa muatan sayur sebaik keluar dari satu simpang menghala ke Pintu Geng.

Pemandu lori dikatakan tidak sempat memberhentikan lori, lalu merempuh motosikal mangsa.

Mangsa yang parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.

Manakala pemandu lori terbabit ditahan untuk siasatan.

 

UTAMABERITAMaut Selepas Motosikal Dilanggar Lori Dekat Kota Bharu (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium