28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Mayat 2 remaja perempuan lemas di Sungai Lebir, Kuala Krai ditemui di dasar sungai

lemas-kuala-krai

KUALA KRAI: Mayat dua remaja perempuan yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai di sini semalam, ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu.

Mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi, kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi.

Azman memberitahu pemberita di sini, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, Nurul Akmal dan Nursyafiqah Syaura dari Kampung Manek Urai Lama dihanyutkan arus selepas tergelincir ke dalam sungai itu.

Sementara itu, ibu Nurul Akmal, Marizan Ismail, 37, berkata beliau tidak menyangka yang permintaan daripada anaknya untuk ke sungai itu membawa kepada kematiannya.

“Setelah memberi kebenaran kepadanya, lebih kurang setengah jam orang kampung datang ke rumah memberitahu dia telah terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

lemas-kuala-krai-2

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...