Mayat Dibungkus Dengan Cadar, Kepala Dan Kaki Diikat - pakdin.my

jenazah-siap-kapan-tepi-jalan

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

“Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya

UTAMABERITAMayat Dibungkus Dengan Cadar, Kepala Dan Kaki Diikat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium