Mayat dua mangsa tanah runtuh di Tambun ditemui - pakdin.my

Pasukan penyelamat berjaya menemui jasad dua mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort dekat Tambun.

Kedua-dua mayat tersebut ditemukan sekitar jam 9.55 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng.

Terdahulu, insiden menyelamat giat dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak selepas menerima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh tersebut.

Insiden tanah runtuh itu berlaku pada jam 1.28 pagi tadi.

=====================
Berita sebelum:

Dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Tambun

IPOH ― Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 pagi.

“Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai mangsa belum dikenal pasti.

Pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian. ― Bernama

UTAMABERITAMayat dua mangsa tanah runtuh di Tambun ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium