27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Mayat kanak-kanak ditemui di Jeti Sungai Sireh, keluarga William turut dipanggil

William Yau Zhen ZhongPELABUHAN KLANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam antara enam hingga tujuh tahun ditemui di tersangkut di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau dekat sini, petang tadi.

Mayat yang belum diketahui identiti itu memakai baju T kolar bulat ‘Active Group, Best Team’ berwarna jingga kekuningan, seluar pendek yang sama warna dan tidak memakai kasut itu ditemui orang awam kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Difahamkan sehingga jam 12 malam tadi polis sedang melakukan siasatan bagi menentukan adakah mayat itu William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya dekat sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof, berkata pihaknya masih belum mengetahui identiti mangsa selain kecederaan yang dialaminya.

Katanya, keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan menyukarkan pengecamannya.

“Polis percaya mangsa adalah warga tempatan dan berkulit putih.

“Setakat ini siasatan ke atas badan mangsa, tidak menemui sebarang kesan jenayah dan percaya mangsa sudah beberapa hari terendam di dalam air,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), malam tadi.

Mohamad berkata, proses DNA akan dijalankan dan keluarga William turut akan dipanggil untuk menjalani proses yang sama.

jeti sungai sireh

++++++

Ganjaran RM20,000 Bagi Mereka Yang Berjaya Temui Kanak-Kanak Hilang

Ganjaran 20 ribu ringgit akan diberikan kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga membawa kepada penemuan semula kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang hilang sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun tegas Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, ganjaran itu tidak termasuk kepada pihak yang kini menyimpan kanak-kanak itu bagi tujuan mendapatkan wang tebusan.

Kelab Kehormat Rela Wilayah Persekutuan menyumbangkan 10 ribu ringgit manakala syarikat Kumpulan KK dan keluarga mangsa masing-masing menyumbangkan lima ribu ringgit.

Ribuan cetakan tertera gambar kanak-kanak itu sudah diedarkan di sekitar Lembah Klang.

William Yau dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya.

Mangsa yang ditinggalkan bersama dua beradiknya di dalam kereta, dikatakan keluar mencari ibu bapanya di dalam sebuah kedai elektrik, namun gagal dikesan sejak itu.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan