31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Mayat Lelaki Berkafan Ditemui Dalam Semak di Bukit Tengah

mayat-lelaki-berkafan-bukit-tengah-bukit-mertajam

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain selimut seperti dikafan, ditemui dalam semak di tepi jalan berhampiran bulatan kawasan Perindustrian Science Park Bukit Tengah, di sini, Ahad.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu, ditemui 2 petang ini oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

“Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk, dia bertindak mencari di sekitar semak di tepi jalan tersebut sebelum ternampak bungkusan kain selimut bercorak bunga warna merah.

“Dia mendekati bungkusan seperti kafan itu dan ternampak mayat di dalam kain selimut tersebut dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis percaya mayat itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat.

“Pemeriksaan forensik mendapati mayat lelaki itu tiada tanda suntikan BCG di lengannya dan polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan mayat itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...