Mayat lelaki dan wanita ditemui mati ditikam di Apartmen Bestari, Damansara Damai - pakdin.my

Apartmen Bestari, Damansara Damai

Seorang ejen rumah yang ingin mengutip duit sewa bulanan terkejut apabila menemukan mayat lelaki dan wanita dalam keadaan berlumuran darah di sebuah unit pangsapuri di Tingkat 10, Pangsapuri Lestari, Damansara Damai di sini petang ini.

Kedua-dua mayat itu ditemui ejen rumah berkenaan dalam keadaan terbaring di bilik utama unit pangsapuri tersebut kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum kedua-dua mayat ditemui, ejen rumah terpaksa memecahkan pintu unit pangsapuri itu kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas dia menghidu bau busuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada bahagian badan kedua-dua mayat mangsa.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bukan penyewa sebenar unit pangsapuri itu dan mereka dipercayai dibunuh lebih empat hari berikutan keadaan mayat yang sudah berbau.

“Buat masa ini kita sedang mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan kita percaya usia mangsa wanita dalam lingkungan 18 tahun.

“Kita juga menemukan pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh kedua-dua mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambah Fadil, pihaknya yakin yang motif pembunuhan bukan disebabkan rompakan kerana barangan peribadi milik mangsa tidak disentuh.

“Kita kini sedang mengesan penyewa sebenar kediaman tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

UTAMABERITAMayat lelaki dan wanita ditemui mati ditikam di Apartmen Bestari, Damansara Damai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium