Mayat Budak Mangsa Serangan Buaya Belum Ditemui - pakdin.my

INI TEMPATNYA: Derin menunjukkan tempat Peter dipercayai dibaham buaya.

ENGKILILI (SERI AMAN) : Seorang budak berusia 13 tahun di kawasan Linggang, Ulu Tekalong  Batang Ai Hilir yang dipercayai dibaham buaya semasa sedang mandi di Batang Lupar, kelmarin (Selasa) masih belum dijumpai sehingga kini.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Peter Heerema Sadan bersama adik tirinya  mandi di sungai berkenaan pada jam 4.30 petang.

Menurut sumber, setelah mangsa  mengambil air minuman untuk keluarga di sungai itu, dia mengarahkan adiknya menghantar air minuman itu ke rumah mereka terlebih dulu.

Setelah adik tirinya yang dikenali sebagai Kelimin Bayang bergegas menghantar air minuman yang disimpan dalam gelen itu ke rumah mereka,  Peter terus terjun ke sungai untuk mandi dan terus hilang dikhuatiri dibaham buaya.

Kelimin yang balik semula ke sungai itu  tidak lagi melihat kelibat abang tirinya itu sebaliknya hanya sekadar melihat kocakan air sungai di tempat kejadian.

Mendiang Peter bersama Kelimin tinggal bersama datuk mereka, Derin Malong setelah ibu bapa mereka  bercerai.

Sementara itu usaha mencari mangsa yang dilakukan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian  Sri Aman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Lubok Antu dilancarkan setelah menerima laporan tentang kejadian itu, semalam.

Setakat jam 5 petang semalam mayat mangsa masih gagal ditemui.

Ketua Polis Daerah Lubok DSP Antu James Johnanthan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, penduduk kampung yang ternampak mayat mangsa selepas jam 6 petang semalam di Ijuk Hilir telah memaklumkan kepada anggota bomba mengenai penemuan mereka.

Bagaimanapun apabila bomba tiba di tempat yang dinyatakan penduduk, mayat itu tidak kelihatan lagi.

UTAMABERITAMayat Budak Mangsa Serangan Buaya Belum Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium