Mayat pemimpin politik ditemui meragukan - pakdin.my

KUANTAN – Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan ditemui kira-kira 2km dari kenderaannya di Gebeng malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 10.45 malam itu mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan orang awam pada 10.55 malam sebelum Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Bomba (EMRS) ke lokasi.

“Pada mulanya kami terima maklumat mengatakan ada kemalangan tetapi anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat dalam keadaan meragukan.

“Kita kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sudah ke lokasi bagi menyiasat punca kematian mangsa sama ada disebabkan kemalangan atau terdapat unsur jenayah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tunggu laporan bedah siasat. Bunuh atau kemalangan saya akan maklum,” katanya.

UTAMABERITAMayat pemimpin politik ditemui meragukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium