26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

MAYAT REMAJA DIKERAT DIJUMPAI DI KESANG LAUT

TANGKAK: Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohad Idris Samsuri berkata, anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.

Beliau berkata, saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.

Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.

“Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan…ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian pada Ahad malam.

Mohad Idris berkata, mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata, seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

20161106-remaja-dikerat-10 20161106-remaja-kerat-10


Assalamualaikum YDH Dato’ Sri / Dato’.

KEJADIAN JUMPA SATU MAYAT BERKEADAAN DIPOTONG DI BAWAH TITI PARIT KONKRIT DI ALAMAT JK 19 KESANG LAUT,BATU 2 TANJUNG GADING,SG.MATI TANGKAK

Sg.Mati report 3566/16 – 6/11/16,seksyen 302 k.k,I/O ASP Azmi bin Hj.Ali,hp 012 3344200.

Pengadu :-

Konst.xxxxxx Mohamad xxxxx bin xxxxxx,30 tahun,anggota DCC IPD Tangkak Johor.

Mangsa :-

Belum dikenalpasti ( keadaan kedua belah kaki si mati dipotong di paras betis/lutut,kepala si mati putus dan ditanam di dalam tanah,keseluruhan tubuh badan mayat si mati dipotong ).

Fakta kes :-

Pada 6/11/16 jam lebih kurang 1515hrs semasa pengadu sedang bertugas di DCC IPD Tangkak Johor terima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan ada terjumpa ( 1 ) mayat di alamat di atas.

Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dan didapati tempat kejadian adalah seperti berikut :-

1) Kejadian berlaku di alamat JK 19,Jalan Kesang Laut,Batu 2 Tanjung Gading,Sg.Mati Tangkak Johor.

2) Lokasi kejadian merupakan kawasan perumahan kampung.

3) Mayat si mati telah ditemui berkeadaan dipotong dan diisikan di dalam beberapa beg plastik hitam di bawah titi parit konkrit di hadapan sebuah rumah di alamat JK 19 Jalan Kesang Laut,Batu 2,Tanjung Gading,Sg.Mati Tangkak Johor.

4) Terdapat beberapa buah rumah jiran di hadapan rumah tempat kejadian.

5) Terdapat jalan besar terletak kira kira 35 Meter daripada hadapan rumah tempat kejadian.

6) Bahagian kiri dan kanan rumah di tempat kejadian merupakan kawasan tanaman pokok kelapa sawit.

7) Keadaan cuaca adalah baik dan cerah.

Ulasan / tindakan :-

1) I.O dibantu pegawai / anggota Unit Forensik JSJ IPD Muar, Insp.Risikan / Operasi dan detektif JSJ IPD Tangkak serta KPB Sg.Mati telah hadir di tempat kejadian.

2) Penghuni di dalam rumah di tempat kejadian yang terdiri 1 lelaki Melayu dan 2 perempuan Melayu tidak mengetahui tentang kejadian sebelum dilaporkan.

3) Kejadian hanya disedari oleh salah seorang anak menantu lelaki penghuni rumah yang pulang ke rumah lalu terbau busuk dan dapati bau busuk adalah daripada cebisan mayat yang ditemui yang telah dipotong.

4) Butiran anak menantu lelaki penghuni rumah ialah :-

4.1. Kpl xxxxxx xxxxxx xxxxxx bin Abd xxxxx,32 tahun,anggota D9 JSJ IPD Muar Johor.

5) Penama di para 4.1 adalah anak menantu lelaki pemilik rumah di tempat kejadian yang tinggal bersama sama pemilik rumah disebabkan isteri berpantang bersalin.

6) Penama di para 4.1 telah menemubual adik ipar lelaki ( suspek ) lalu hasil temubual ke atas suspek dapati :-

6.1) Suspek ada berkawan dengan seorang janda perempuan Melayu lalu hubungan ini dilarang oleh si mati.

6.2) Si mati telah datang ke rumah suspek kira kira 4-5 hari yang lepas lalu berlaku pergaduhan di.antara suspek dengan si mati.

6.3) Si mati telah dipukul menggunakan senjata tajam/tumpul lalu mayat si mati dikerat dan dimasukkan di dalam plastik hitam dan disembunyikan di bawah titi konkrit di hadapan rumah.

7) Butiran diri suspek ialah :-

7.1 Muhammad Firdaus bin xxxxxx ( OKU ketidakupayaan masalah pembelajaran ),k/p. 970810-01-xxxx, 19 tahun,alamat rumah sama di atas.

8) Usaha mengesan butiran diri si mati dan bahagian kepala si mati yang masih belum ditemui masih dijalankan.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Terima kasih YDH Dato’ Sri / Dato’.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan