Mayat remaja mangsa lemas Sg Kuyoh terakhir ditemui #pakdin.my

lemas-sungai-kuyuh-mayat-ketiga

Mayat remaja mangsa terakhir yang lemas selepas dihanyutkan air semasa memancing di Sungai Kuyuh, berhampiran Kem Perdana Sungai Besi, petang kelmarin, ditemui petang tadi.

Mayat Joe Jerry Primus, 12, ditemui di lombong Sungai Kuyoh pada jam 5.45 petang tadi.

Mangsa adalah antara tiga rakan yang dihanyutkan air deras ketika kejadian petang kelmarin.

Terdahulu, pada 10.10 pagi tadi, pasukan mencari menemui mayat Joshnuel Usin, 10.

Mayat Remmy Julian Rymon Joe, 14, pula ditemui pada 10.30 pagi semalam.

Berkaitan