Monday - July 26, 2021 @ 07:00
BERITANASIONALMayat Remaja Perempuan Dibakar Ditemui Di Ampang

Mayat Remaja Perempuan Dibakar Ditemui Di Ampang

 Seorang remaja perempuan dipercayai mangsa pembunuhan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan 80 peratus tubuhnya terbakar.

Mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan belasan tahun ditemui di Ampang, Selangor.

Polis menerima maklumat kira-kira jam 1:30 tengahari dari orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan di tepi jalan berhampiran loji kumbahan, Lembah Jaya.

Ketika ditemui, mayat mangsa terbaring tanpa seurat benang di tubuhnya.

Siasatan forensik hanya menemui cebisan kain dengan kesan terbakar berada berhampiran mangsa.

Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri mangsa ditemui.

Polis sehingga ini masih belum mengenalpasti identiti mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedahsiasat.

———————–

Mayat remaja terbakar ditemui di Ampang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dengan kesan 80 peratus kebakaran pada badannya ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner miruddin Jamaluddin, berkata mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira 1.35 tengah hari dilihat tidak berpakaian kerana dipercayai terbakar selain rambutnya juga sudah terbakar.

“Mayat wanita yang ditemui dalam keadaan terlentang itu dipercayai seorang remaja berdasarkan keadaan fizikalnya,” katanya di tempat kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta tempoh kematian.

Amiruddin juga meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil selain akan menyoal siasat penduduk sekeliling bagi mengumpul maklumat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang saksi, Rahmad Saidon, 60, berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat yang menemui mayat itu.
“Pada mulanya saya menyangka objek itu (mayat itu) adalah patung namun bila diperhati ia adalah mayat wanita yang terbakar selepas ternampak mata, gigi dan kukunya,” katanya.

Beliau yang tinggal bertentangan dengan tempat mayat tersebut ditemui berkata, kira-kira 10.30 malam tadi, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumahnya namun apabila ditinjau tiada sesiapa kelihatan.

“Manakala pada 3.30 pagi tadi, saya terdengar bunyi beberapa motosikal yang lalu lalang di luar rumah…Apa yang menghairankan saya bunyi tersebut bukan seperti biasa kerana kebiasaannya waktu seperti itu laluan agak sunyi,” katanya

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here