Mayat Reput Ditemui Di Tebing Sungai - pakdin.my

BATU GAJAH: Mayat seorang wanita ditemui terdampar berhampiran jambatan di tebing sungai Kinta di sini petang semalam.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, mayat wanita tersebut ditemui berhampiran tebing sungai tersebut sekitar jam 6.10 petang semalam.

Bagaimanapun setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

” Setibanya jentera bersama anggota didapati seorang mayat wanita ditemui di Sungai Kinta berhampiran jambatan terdampar di tebing sungai,” katanya.

Tambah sumber lagi, pihak penyelamat telah menggunakan peralatan khusus untuk menuruni tebing sungai bagi mengangkat mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak Polis.

“Berdasarkan keadaan mangsa, didapati mangsa telah meinggal dunia dalam tempoh 4 hingga 5 hari kerana mayat telah mereput,” kata sumber.

Operasi yang diketuai oleh Pemangku Penyelia, PB Mustaza Shafri itu tamat sekitar jam 7 malam semalam.

20161030-mayat-wanita-sungai-kinta

UTAMABERITAMayat Reput Ditemui Di Tebing Sungai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium