Mayat seorang pekerja kelong ditemui, seorang masih hilang - pakdin.my

KLANG – Mayat salah seorang pekerja kelong yang jatuh laut tiga hari lalu ditemui pada kedudukan 0.1 batu nautika di timur Pulau Tengah, di sini pagi tadi.

Mayat yang dikenali Priadi, 34, merupakan warga Indonesia itu disahkan oleh majikannya menerusi proses pengecaman.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi oleh orang awam.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Pulau Ketam bagi proses pengecaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi Carilamat diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang merupakan warga Myanmar dikenali Saw Bearry Htoo, 30.

“Keluasan kawasan pencarian merangkumi 63.52 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pulau Tengah hingga luar kawasan pulau, paya bakau serta sangkar ikan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UTAMABERITAMayat seorang pekerja kelong ditemui, seorang masih hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium