BANJIR: Mayat Suhaimi Awang mangsa bot terbalik di Chukai ditemui (video) - pakdin.my

Nur Hayati Sulong & Suhaimi Awang

CHUKAI: Mayat seorang lagi mangsa bot terbalik, Suhaimi Awang, 37, ditemui hari ini tidak jauh dari tempat mayat isterinya ditemui, semalam.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.20 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira sembilan meter dari lokasi mayat isterinya, Norhayati Sulung ditemui.

Jenazahnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Mayat Norhayati, 37, ditemui jam 4.05 petang semalam di benteng Sungai Kemaman oleh sepasukan anggota bomba, kira-kira 700 meter daripada tempat Allahyarham dan suaminya terjatuh dari bot di Kampung Geliga Che Akob di sini.

jenazah-suhaimi-awang

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari Rabu lalu, kedua-dua mangsa hilang selepas bot penyelamat yang mereka naiki terbalik ketika operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka bersama tiga lagi mangsa serta seorang anggota bomba dan dua anggota polis menaiki bot berkenaan, sebelum dipercayai terperangkap dalam pusaran air menyebabkan bot terbalik.

Semua penumpang yang memakai jaket keselamatan terhumban ke dalam air, tetapi Nurhayati dan Suhaimi hanyut dibawa arus deras.

 

 

 

UTAMABERITABANJIR: Mayat Suhaimi Awang mangsa bot terbalik di Chukai ditemui (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium