Wednesday, June 23, 2021
BERITAMayat Jarwati, mangsa banjir lumpur Sungai Bertam ditemui

Mayat Jarwati, mangsa banjir lumpur Sungai Bertam ditemui

Jarwati

Mayat wanita Indonesia yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir lumpur selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, di Cameron Highlands 23 minggu lepas, ditemui Isnin.

Mayat Jawarti Abdul Rahim, 24, ditemui dalam timbunan kayu dan sampah sarap di tepi Sungai Bertam kira-kira 2km dari tempat dia dilaporan hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita itu ditemui pada 12.30 tengah hari oleh seorang pemilik kebun di kawasan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama di sini.

Dalam kejadian banjir lumpur pada 23 Okt lepas, tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung – dan seorang dilapor hilang.

Kejadian itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan lebih 100 kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here