Mayat Wanita Ditemui Dalam Belukar Di Cyberjaya - pakdin.my

mayat-wanita-dalam-belukar-cyberjaya-2

CYBERJAYA – Seorang wanita ditemui mati di dalam belukar selepas terjatuh daripada jejambat setinggi kira-kira 30 meter dalam kejadian berhampiran susur keluar Pulau Meranti di sini hari ini.

Mayat Rosshidah Abdullah, 30, ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian serba hitam pada pukul 5.20 petang oleh seorang lelaki yang sedang memikat burung di kawasan tersebut.

Turut ditemui sebuah beg tangan dan sekeping nota.

mayat-wanita-dalam-belukar-cyberjaya-3

Difahamkan, nota tersebut tertulis mengenai tekanan hidup yang dihadapi mangsa berkaitan hutang dengan ahlong sebanyak RM50,000 yang gagal dilunaskan sehingga lintah darat tersebut mengugut untuk mengganggu kehidupan ibu bapanya di Pasir Puteh, Kelantan.

Sumber berkata, siasatan awal percaya mangsa mati selepas terjatuh dari jejantas tersebut dan pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan ditemui pada badannya.

UTAMABERITAMayat Wanita Ditemui Dalam Belukar Di Cyberjaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium