32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Mayat Wanita Ditemui Dalam Keadaan Tangan Dan Kaki Terikat

Gambar hiasan

Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di dalam tong sampah di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Bukit Rahman Putra 8/1, Sungai Buluh di sini pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata wanita dipercayai warga asing berumur lingkungan lewat 20-an itu ditemui seorang pekerja kontrak 11.40 pagi ini sebelum memaklumkannya kepada polis.

“Pekerja berkenaan terlihat mayat wanita berpakaian lengkap itu dilitupi plastik kanvas ketika mahu membuang sampah. Pemeriksaan polis pula mendapati terdapat kesan jerutan di leher dan cedera di muka mangsa,” katanya kepada pemberita.

Rosly berkata wanita tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai mati kurang dari 24 jam lalu dengan mayatnya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tong sampah itu.

Bagaimanapun katanya polis menolak kejadian bermotifkan samun kerana barang kemas milik mangsa seperti rantai leher dan cincin emas masih ada di badannya.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan