Mayat wanita ditemui disimen dalam dinding - pakdin.my

Reeling in shock: Family members and relatives of the victim waiting anxiously at the scene where Voon (inset) was found murdered and her body cemented into a wall in Brunei.
Ahli keluarga dan saudara mara Voon (gambar kecil) menunggu berkumpul ditempat kejadian dimana mangsa ditemui mati dan mayatnya ditanam didalam simen dinding.

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.

Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Voon diberi segugus kunci banglo terbabit.

Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.

Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut.

Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.

Polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera bertindak mengepung kawasan terbabit. Dua Unit Siasatan Lokasi Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit dan berada di sana sehingga mayat wanita malang itu ditemui.

Operasi mengeluarkan mayat berkenaan berakhir kira-kira pukul 8 malam yang disahkan bahawa mayat seorang wanita ditemui lalu dibawa untuk penyiasatan selanjutnya.

Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen.

Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut.

Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan.

Mengimbas semula hari isterinya hilang, suami mangsa memberitahu, ia adalah hari lahir anak lelaki mereka yang ke-11 tahun, di mana isterinya keluar untuk membeli kek kira-kira pukul 11.00 pagi untuk menyambut hari jadi anak mereka itu.

Bagaimanapun, mangsa terus tidak pulang hingga ke hari ini.

“Saya cuba menghubungi isteri saya banyak kali tetapi gagal dihubungi. Pada sebelah malamnya, saya menghubungi polis untuk meminta bantuan mencari isteri saya yang hilang,” katanya sambil memberitahu bahawa isterinya itu tidak pernah meninggalkan keluarga kerana dia seorang isteri dan ibu yang penyayang.

Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.

Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka.

UTAMABERITAMayat wanita ditemui disimen dalam dinding

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium