Mayat wanita ditinggalkan di masjid - pakdin.my

MAYAT seorang wanita ditemui dalam masjid Taman Keramat Hulu Klang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat wanita berusia dalam lingkungan 60 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian, tetapi tiada dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Alza memasuki kawasan masjid kira-kira 4.24 pagi dan keluar tiga minit kemudian.

“Kenderaan itu disyaki digunakan untuk menghantar mayat itu ke kawasan masjid,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noor Azmi berkata pemeriksaan polis mendapati tiada kecederaan fizikal pada wanita itu dan dia dipercayai bukan rakyat tempatan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Balai Polis Hulu Klang di talian 03-4257 3322. – BERNAMA

UTAMABERITAMayat wanita ditinggalkan di masjid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium